Thursday 17 May 2012

7.1.2 Insurans

 7.1.2 Insurans 



  • Semua peniaga terdedah kepada risiko yang boleh menyebabkan kerugian. 
  • Risiko ialah kemungkinan berlakunya kemalangan yang akan menyebabkan kerugian. 
  • Insurans memberikan pelindungan nyawa dan harta kepada peniaga dan pekerjanya bagi melindungi perniagaan mereka daripada risiko.
  • Terdapat dua kategori risiko, iaitu : 
  • (i) Risiko yang boleh diinsuranskan  
  • (ii) Risiko yang tidak boleh diinsuranskan


(i) Apakah itu risiko yang boleh diinsuranskan?

    - Risiko yang kekerapan kejadiannya dapat dijangka dan dikira 
      berdasarkan rekod kejadian pada masa lalu. Ini sangat penting dalam 
      menentukan kadar premium yang akan dikenakan. 

     Contoh risiko yang boleh diinsuranskan :
  • Kecurian
  • Rompakan 
  • Kemalangan
  • Kebakaran 
  • Pecah Amanah
Pecah Amanah 


(ii) Apakah itu risiko yang tidak boleh diinsuranskan?

    - Risiko yang tidak boleh diinsuranskan ialah risiko yang tidak boleh dikira dan
      kadar premiumnya tidak dapat ditentukan. 

      Contoh risiko yang tidak boleh diinsuranskan :
  • Rusuhan 
  • Peperangan 
  • Hutang lapuk 
  • Bencana alam 
  • Kegagalan perniagaan
Peperangan


Insurans dapat membantu perniagaan dengan cara : 

(i) Melindungi pekerja dan majikan
    - Kecederaan atau kemalangan yang dialami oleh pekerja dan majikan ketika menjalankan
       tugas akan dibayar pampasan atau pembiayaan rawatan, majikan juga dilindungi jika 
       pekerja melakukan penyelewengan.  

(ii) Memberikan keyakinan kepada peniaga agar tidak perlu bimbang akan
      risiko tertentu dalam perniagaan. 
      -Dengan cara ini, pengurusan perniagaan akan menjadi lebih berkesan. 

(iii) Memberikan keyakinan kepada peniaga bahawa dengan perlindungan
       insurans, pelaburan dan pengeluaran dsapat ditambah. 



Jenis Polisi
Melindungi Peniaga daripada Risiko
Kebakaran
Kebakaran kedai, stok, peralatan dan kelengkapan perniagaan
Kecurian dan rompakan
Wang tunai, stok, dan peralatan berharga dicuri atau dirompak
Kenderaan perniagaan
Apabila kenderaan perniagaan terbabit dalam kemalangan atau dicuri
Jaminan Setia
Pekerja yang menyelewengkan wang perniagaan dan tidak amanah.
Liabiliti awam
Tuntutan ganti rugi daripada pelanggan yang mengalami kecederaan atau kemalangan semasa berada di premis perniagaan.
Pampasan pekerja
Tuntutan ganti rugi daripada pekerja yang mengalami kemalangan atau kecederaan ketika sedang bertugas.


Insurans dibahagikan kepada dua jenis, iaitu 
  • Insurans konvensional 
  • Insurans Islam 

Apakah itu Insurans konvensional?  
  • Dimiliki oleh pihak swasta
  • Contoh syarikat insurans konvensional : Mayban General Assurance Berhad, Kurnia Insurans, MAA Insurance dan MCIS Zurich Assurance. 
Contoh Syarikat Insurans Konvensional
  • Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah berasaskan 4 prinsip, iaitu : 

(i) Ganti rugi 
  • Membayar ganti rugi berdasarkan kerugian yang dialami sahaja. 
  • Ganti rugi yang diberikan oleh syarikat insurans tidak akan melebihi kerugian sebenar.
(ii) Penuh percaya 
  • Pemegang polisi mesti mmberi maklumat yang betul dan tepat. 
  • Jika ada penipuan maklumat, syarikat insurans berhak untuk tidak membayar ganti rugi yang diinsuranskan.
(iii) Kepentingan boleh diinsuranskan 
  • Individu yang mengambil insurans mestilah mempunyai kepentingan terhadap perkara yang diinsuranskan sahaja. 
  • Ini bermakna jika berlaku kemalangan terhadap kepentingan tersebut, individu itu akan mengalami kerugian. 
(iv) Doktrin punca terdekat 
  • Ganti rugi hanya akan diberi jika risiko yang diinsuranskan itu berlaku.
  • Jika kemalangan berlaku luar daripada risiko yang diinsuranskan, tuntutan tidak boleh dibuat.


Apakah itu Insurans Islam? 

Contoh Syarikat Insurans Islam 

  • Dikenali sebagai takaful 
  • Dimiliki oleh pihak swasta 
  • Contoh syarikat insurans Islam : Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad
  • Aktiviti perniagaan yang dilakukan oleh syarikat insurans ini berlandaskan hukum syarak atau undang-undang dalam Islam. 
  • Namun begitu, perkara  yang perlu dielakkan oleh syarikat takaful kerana bertentangan dengan hukum syarak ialah: 


Perkara yang perlu dielakkan oleh Syarikat Takaful
Penerangan
Al-Gharar
Maklumat yang tidak jelas dalam perniagaan dan sumber ganti rugi yang akan diberikan jika berlaku risiko yang diinsuranskan itu.
Al-Maisir
Wujudnya unsur-unsur perjudian
Riba
Adanya unsur-unsur faedah yang diberikan kepada pemegang polisi.

  • Insurans Islam mengamalkan prinsip al-Mudharabah, iaitu syarikat takaful ----------------->pengusaha ( Al- Mudharib), manakala peserta ( pemegang polisi ) --->pemodal ( Sahid-ul-Mal). Prinsip ini menjelaskan tentang :
(i)   Keuntungan yang dibahagikan antara syarikat takaful dengan peserta 
(ii)  Cara penggunaan wang oleh syarikat takaful
(iii) Syarat dan hak yang diberikan oleh syarikat takaful kepada peserta 
(iv) Manfaat yang didapati oleh peserta


Pasti anda berasa resah untuk mengingati semua nota berkaitan antara Insurans Islam dengan Insurans Konvensional ...

Jeng jeng jeng...Usah risau.Oleh itu, saya telah membuat perbandingan antara Insurans Islam dan Insurans Konvensional yang membolehkan anda mengingati sampai bila-bila... 



Aspek
Insurans Konvensional
Insurans Islam (Takaful)
Aktiviti perniagaan yang dijalankan      
Berasaskan 4 prinsip , iaitu :
     (a)  Ganti rugi
     (b) Penuh percaya
     (c)  Kepentingan
          boleh  
          diinsuranskan
     (d) Doktrin terdekat
Berasaskan hukum syarak dan mengamalkan prinsip al-Mudharabah
Perjanjian antara syarikat insurans dengan polisi
Bebas membuat pelaburan tanpa perlu memaklumkan kepada pemegang polisi
Menyatakan dengan jelas bayaran yang dijelaskan dan cara syarikat menggunakannya.
Pelaburan yang dibuat oleh syarikat insurans
Dalam aktiviti-aktiviti perniagaan yang berunsur perjudian dan tidak menyalahi undang-undang negara.
Dalam aktiviti-aktiviti perniagaan yang bebas daripada unsur perjudian dan dibenarkan oleh hukum syarak.
Faedah yang diberikan kepada pemegang polisi
Adanya unsur riba atau faedah yang menjadi amalan syarikat
Unsur riba adalah dilarang sama sekali kerana menyalahi hukum syarak.









6 comments:

  1. terima kasih atas nota yang diberikan

    ReplyDelete
  2. harap boleh memberi nota yang berkaitan dengan logo-logo agensi kerajaan

    ReplyDelete
  3. saya paling pening kepala dengan bahagian perniagaan dan keusahawanan tingkatan 2!!!

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Slots and casino games and tips for 2021 - Dr.MD
    Best Online Slots and Casino Apps Slots 광주 출장마사지 for Real Money · 하남 출장샵 Vegas Slots · VegasSlots.ag 인천광역 출장샵 · 논산 출장안마 Vegas Casino 청주 출장안마 · VegasSlots · Vegas Casino · Vegas Casino

    ReplyDelete