7.1.2 Insurans
- Semua peniaga terdedah kepada risiko yang boleh menyebabkan kerugian.
- Risiko ialah kemungkinan berlakunya kemalangan yang akan menyebabkan kerugian.
- Insurans memberikan pelindungan nyawa dan harta kepada peniaga dan pekerjanya bagi melindungi perniagaan mereka daripada risiko.
- Terdapat dua kategori risiko, iaitu :
- (i) Risiko yang boleh diinsuranskan
- (ii) Risiko yang tidak boleh diinsuranskan
(i) Apakah itu risiko yang boleh diinsuranskan?
- Risiko yang kekerapan kejadiannya dapat dijangka dan dikira
berdasarkan rekod kejadian pada masa lalu. Ini sangat penting dalam
menentukan kadar premium yang akan dikenakan.
Contoh risiko yang boleh diinsuranskan :
- Kecurian
- Rompakan
- Kemalangan
- Kebakaran
- Pecah Amanah
|
Pecah Amanah |
(ii) Apakah itu risiko yang tidak boleh diinsuranskan?
- Risiko yang tidak boleh diinsuranskan ialah risiko yang tidak boleh dikira dan
kadar premiumnya tidak dapat ditentukan.
Contoh risiko yang tidak boleh diinsuranskan :
- Rusuhan
- Peperangan
- Hutang lapuk
- Bencana alam
- Kegagalan perniagaan
|
Peperangan
|
Insurans dapat membantu perniagaan dengan cara :
(i) Melindungi pekerja dan majikan
- Kecederaan atau kemalangan yang dialami oleh pekerja dan majikan ketika menjalankan
tugas akan dibayar pampasan atau pembiayaan rawatan, majikan juga dilindungi jika
pekerja melakukan penyelewengan.
(ii) Memberikan keyakinan kepada peniaga agar tidak perlu bimbang akan
risiko tertentu dalam perniagaan.
-Dengan cara ini, pengurusan perniagaan akan menjadi lebih berkesan.
(iii) Memberikan keyakinan kepada peniaga bahawa dengan perlindungan
insurans, pelaburan dan pengeluaran dsapat ditambah.
Jenis Polisi
|
Melindungi Peniaga daripada Risiko
|
Kebakaran
|
Kebakaran
kedai, stok, peralatan dan kelengkapan perniagaan
|
Kecurian dan rompakan
|
Wang
tunai, stok, dan peralatan berharga dicuri atau dirompak
|
Kenderaan perniagaan
|
Apabila
kenderaan perniagaan terbabit dalam kemalangan atau dicuri
|
Jaminan Setia
|
Pekerja
yang menyelewengkan wang perniagaan dan tidak amanah.
|
Liabiliti awam
|
Tuntutan
ganti rugi daripada pelanggan yang mengalami kecederaan atau kemalangan
semasa berada di premis perniagaan.
|
Pampasan pekerja
|
Tuntutan
ganti rugi daripada pekerja yang mengalami kemalangan atau kecederaan ketika
sedang bertugas.
|
Insurans dibahagikan kepada dua jenis, iaitu
- Insurans konvensional
- Insurans Islam
Apakah itu Insurans konvensional?
- Dimiliki oleh pihak swasta
- Contoh syarikat insurans konvensional : Mayban General Assurance Berhad, Kurnia Insurans, MAA Insurance dan MCIS Zurich Assurance.
|
Contoh Syarikat Insurans Konvensional |
- Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah berasaskan 4 prinsip, iaitu :
(i) Ganti rugi
- Membayar ganti rugi berdasarkan kerugian yang dialami sahaja.
- Ganti rugi yang diberikan oleh syarikat insurans tidak akan melebihi kerugian sebenar.
(ii) Penuh percaya
- Pemegang polisi mesti mmberi maklumat yang betul dan tepat.
- Jika ada penipuan maklumat, syarikat insurans berhak untuk tidak membayar ganti rugi yang diinsuranskan.
(iii) Kepentingan boleh diinsuranskan
- Individu yang mengambil insurans mestilah mempunyai kepentingan terhadap perkara yang diinsuranskan sahaja.
- Ini bermakna jika berlaku kemalangan terhadap kepentingan tersebut, individu itu akan mengalami kerugian.
(iv) Doktrin punca terdekat
- Ganti rugi hanya akan diberi jika risiko yang diinsuranskan itu berlaku.
- Jika kemalangan berlaku luar daripada risiko yang diinsuranskan, tuntutan tidak boleh dibuat.
Apakah itu Insurans Islam?
|
Contoh Syarikat Insurans Islam |
- Dikenali sebagai takaful
- Dimiliki oleh pihak swasta
- Contoh syarikat insurans Islam : Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad
- Aktiviti perniagaan yang dilakukan oleh syarikat insurans ini berlandaskan hukum syarak atau undang-undang dalam Islam.
- Namun begitu, perkara yang perlu dielakkan oleh syarikat takaful kerana bertentangan dengan hukum syarak ialah:
Perkara
yang perlu dielakkan oleh Syarikat Takaful
|
Penerangan
|
Al-Gharar
|
Maklumat yang
tidak jelas dalam perniagaan dan sumber ganti rugi yang akan diberikan jika
berlaku risiko yang diinsuranskan itu.
|
Al-Maisir
|
Wujudnya
unsur-unsur perjudian
|
Riba
|
Adanya
unsur-unsur faedah yang diberikan kepada pemegang polisi.
|
- Insurans Islam mengamalkan prinsip al-Mudharabah, iaitu syarikat takaful ----------------->pengusaha ( Al- Mudharib), manakala peserta ( pemegang polisi ) --->pemodal ( Sahid-ul-Mal). Prinsip ini menjelaskan tentang :
(i) Keuntungan yang dibahagikan antara syarikat takaful dengan peserta
(ii) Cara penggunaan wang oleh syarikat takaful
(iii) Syarat dan hak yang diberikan oleh syarikat takaful kepada peserta
(iv) Manfaat yang didapati oleh peserta
Pasti anda berasa resah untuk mengingati semua nota berkaitan antara Insurans Islam dengan Insurans Konvensional ...
Jeng jeng jeng...Usah risau.Oleh itu, saya telah membuat perbandingan antara Insurans Islam dan Insurans Konvensional yang membolehkan anda mengingati sampai bila-bila...
Aspek
|
Insurans
Konvensional
|
Insurans
Islam (Takaful)
|
Aktiviti perniagaan yang dijalankan
|
Berasaskan 4 prinsip , iaitu :
(a) Ganti
rugi
(b) Penuh
percaya
(c) Kepentingan
boleh
diinsuranskan
(d) Doktrin
terdekat
|
Berasaskan hukum syarak dan mengamalkan prinsip al-Mudharabah
|
Perjanjian antara syarikat insurans dengan polisi
|
Bebas
membuat pelaburan tanpa perlu
memaklumkan kepada pemegang polisi
|
Menyatakan
dengan jelas bayaran yang dijelaskan dan cara syarikat menggunakannya.
|
Pelaburan yang dibuat oleh syarikat insurans
|
Dalam aktiviti-aktiviti perniagaan yang berunsur
perjudian dan tidak menyalahi undang-undang negara.
|
Dalam aktiviti-aktiviti perniagaan yang bebas
daripada unsur perjudian dan dibenarkan oleh hukum syarak.
|
Faedah yang diberikan kepada pemegang polisi
|
Adanya
unsur riba atau faedah yang menjadi
amalan syarikat
|
Unsur
riba adalah dilarang sama sekali
kerana menyalahi hukum syarak.
|