![]() |
Contoh pergudangan |
- Pergudangan ialah aktiviti penyimpanan barang-barang yang selamat dan boleh digunakan apabila diperlukan.
- Tempat yang digunakan untuk menyimpan barang-barang itu dikenali sebagai gudang.
- Gudang dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu :
- (A) Gudang persendirian
- (B) Gudang Kerajaan
(A)Gudang Persendirian
(B) Gudang Kerajaan
- Terdapat 5 jenis gudang persendirian , iaitu :
Gudang
|
Fungsi
|
Pengilang
|
Menyimpan bahan mentah dan barang siap
|
Pemborong
|
Menyimpan barang yang dibeli secara pukal daripada
pengilang
|
Peruncit
|
Menyimpan barang-barang yang dibeli daripada
pembekal/ pemborong
|
Simpanan
sejuk
|
Menyimpan buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan
ikan
|
Bayar
dan bawa
|
Menjual barang terus kepada pengguna akhir
|
![]() |
Contoh Pengilang |
- Terdapat 3 jenis gudang kerajaan , iaitu :
Gudang
|
Fungsi
|
Kerajaan
|
Dimiliki oleh kerajaan di bawah pengurusan agensi
kerajaan seperti BERNAS, FAMA dan LKIM
|
Dalam
bon ( gudang kastam )
|
Menyimpan barang import yang belum dibayar cukai
|
Awam
|
Gudang kerajaan dan disewakan keapada pihak swasta
yang memerlukannya
|
Peranan Pergudangan
(i) Bekalan barang berterusan
- Pergudangan membantu bekalan barang di pasaran tidak terputus. Ini dapat dilakukan jika berlaku lebihan, barang tersebut boleh disimpan dalam gudang.
- Pengurangan bekalan barang di pasaran ditampung dengan mengeluarkan barang yang terdapat di dalam gudang.
(ii) Menstabilkan harga barang di pasaran
- Jika harga barang naik maka barang yang terdapat dalam gudang akan dikeluarkan bagi menurunkan harga barang yang naik.
- Sebaliknya, jika harga turun, lebihan barang dalam pasaran akan disimpan dalam gudang. Keadaan ini akan dapat menstabilkan harga barang.
(iii) Proses pengeluaran dapat dilakukan secara berterusan
- Aktiviti pengeluaran dapat dilakukan sepanjang masa walaupun permintaan kurang.
- Barang yang dikeluarkan ini boleh disimpan di dalam gudang sementara menunggu permintaan meningkat.
- Jadi, pengeluar dapat meneruskan pengeluaran.
(iv) Mengelakkan kerosakan terutama barang yang mudah rosak
- Dengan adanya gudang dingin beku, barang-barang yang mudah rosak seperti daging dan ikan boleh disimpan di dalamnya.
- Ini akan mengelakkan barang itu daripada rosak dan tidak boleh digunakan lagi.
(v) Memecahkan pukal
- Kerja-kerja pemecahan pukal boleh dilakukan di dalam gudang seperti menggred, menimbang, membungkus dan melabel.
- Kerja pemecahan pukal perlu dilakukan agar lebih sesuai dan mudah untuk dijual.
(vi) Menyenangkan kerja eksport dan import
- Pengeksport dan pengimport memerlukan gudang bagi menyimpan barang sebelum barang tersebut dieksport atau diimport.
- Gudang dalam bon disediakan khusus kepada pengimport menyimpan barang-barang sehingga duti import dijelaskan.
(vii) Keselamatan barang lebih terjamin
- Barang-barang yang disimpan di dalam gudang terjamin keselamatannya kerana adanya sistem pencegah kebakaran dan penggera keselamatan., serta tanggungan risiko kehilangan.
- Barang-barang yang disimpan akan terlindung daripada sinaran matahari dan hujan yang boleh menyebabkan barang itu rosak.
No comments:
Post a Comment