Thursday 17 May 2012

7.1.5.1 Promosi

7.1.5  Promosi


Contoh promosi -poster 

  • Promosi adalah proses memberitahu atau memaklumkan kepada orang ramai tentang sesuatu perkara. 
  • Tujuan promosi adalah untuk memberitahu, menyedarkan dan memujuk pengguna tentang keistimewaan sesuatu barang atau perkhidmatan. 
  • Promosi dibahagikan kepada 4 jenis, iaitu : 
          - (A) Pengiklanan 
          - (B) Promosi jualan 
          - (C) Jualan terus 
          - (D) Publisiti 

(A) Pengiklanan 
Contoh gambar Pengiklanan 
  • Pengiklanan merupakan sesuatu cara yang digunakan oleh peniaga untuk memberitahu, menarik dan mempengaruhi serta mengekalkan minat pengguna terhadap barang atau perkhidmatan yang diiklankan itu. 
  • Pelbagai media boleh digunakan untuk mengiklan seperti radio, surat khabar, majalah, laman web, televisyen dan papan iklan. 
(B) Promosi jualan 
Contoh gambar promosi jualan

  • Aktiviti yang dijalankan oleh pengeluar untuk memujuk dan menarik perhatian pelanggan agar membeli produk yang dikeluarkan.
  • Contoh : Pameran, demostrasi penggunaan barang, pemberian sampel percuma dan pemberian kupon. 
  • Tujuan promosi jualan diadakan adalah untuk : 
          (i) Meningkatkan jualan 
          (ii) Mengembangkan dan memperkukuh pasaran  
  • Promosi dilakukan untuk jangka pendek pada kebiasaannya
(C) Jualan terus 
Contoh syarikat jualan terus 
  • Biasanya dilakukan dari premis ke premis oleh jurujual yang dilatih dan diupah.
  • Tujuan adalah untuk memberitahu dan memujuk pengguna untuk membeli produk yang dipromosikan itu.
  • Pengeluar dapat maklum balas terus daripada pengguna tentang cita rasa mereka.
  • Contoh barang yang dijual dengan cara ini ialah seperti alatan pejabat, dandanan diri fan set alat memasak. 

(D) Publisiti 
Contoh publisiti syarikat telekomunikasi 
  • Aktiviti yang dilakukan oleh syarikat atau pengeluar untuk menaja sesuatu program dan disampaikan melalui media massa.
  • Maklumat yang disampaikan adalah dalam bentuk berita.
  • Contohnya sebuah syarikat minuman menaja kejohanan sukan sesebuah negeri.
  • Syarikat minuman tersebut mendapat publisiti kerana nama syarikat dan barang keluarannya disiarkan dalam media massa.  
(E) Komunikasi 
Contoh alat-alat telekomunikasi 
  • Komunikasi ialah penghantaran maklumat sama ada dalam bentuk lisan ( telefon, telefon mudah alih) dan bukan lisan ( bertulis seperti surat). 
  • Peranan komunikasi " 
          - Meluaskan pasaran barang dan perkhidmatan 
             ~ Komunikasi membantu pelanggan-pelanggan yang jauh membuat
                 tempahan dan pesanan tanpa perlu membuang masa pergi ke tempat
                 peniaga. 
             ~Contohnya : Peniaga di India hendak membuat pesanan buah durian
                dan dia hanya perlu membuat panggilan telefon atau menghantar
                surat pesanan kepada peniaga di Malaysia. 

        - Mengenal pasti keadaan pasaran
           ~ Contoh : Turun naik harga kelapa sawit dan bijih timah dapat diketahui 
                              dalam masa yang singkat.
           ~ Ini akan membantu para peniaga untuk menjalankan urusan perniagaan. 

        -Mempercepat proses perdagangan 
          ~ Segala urusan perniagaan dapat dilakukan dengan cepat dan mudah terutama
             dengan adanya kemudahan Internet.
          ~ Barang atau perkhidmatan dapat dijual beli dengan cepat apabila peniaga 
              melayari internet seperti di laman web eBay. 

        -Menyampaikan makumat kepada pengguna
          ~ Contoh : Radio dan televisyen mempercepat sesuatu maklumat disampaikan 
                             kepada pengguna. 
          ~ Peniaga boleh menggunakan kemudahan komunikasi bagi menyampaikan 
             maklumat dan seterusnya menjual barang atau perkhidmatan kepada 
             pengguna yang berminat.

        -Memudahkan urusan 
          ~ Contoh : Pembayaran dan penerimaan dapat dilakukan dengan cepat dan 
             berkesan. 
          ~ Dalam zaman internet, aktiviti perniagaan menjadi mudah dan berkesan 
              kerana peniaga dapat berurusan terus dengan pelanggan-pelanggannya 
              secara atas talian. 
          ~ Pembayaran dapat dilakukan di pejabat tanpa perlu pergi ke bank. 





Info Extra 

  •  Pos Malaysia Berhad merupakan contoh syarikat yang memberi perkhidmatan kepada peniaga dan orang ramai dalam penghantaran mel biasa, mel khas dan kurier.






No comments:

Post a Comment