Thursday 17 May 2012

7.1.1.2 Perbezaan antara Perbankan Islam dengan Perbankan Konvensional

Anda mesti tengah runsing macam mana hendak membezakan Perbankan Islam dengan Perbankan Konvensional, kan?


Usah risau...jeng jeng jeng 
Inilah perbezaan antara Perbankan Islam dengan Perbankan Konvensional untuk memudahkan anda untuk memahami.


7.1.1.2 Perbezaan antara Perbankan Islam dengan Perbankan Konvensional 

Aspek
Perbankan Konvensional
Perbankan Islam
Kaedah operasi
Melalui aktiviti memberikan pinjaman dengan mengenakan faedah dan caj perkhidmatan
Melalui urus niaga jual beli, upah perkhidmatan, pelaburan dan pajakan
Undang-undang dan peraturan
Di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989
Di bawah Akta Islam 1983
Pulangan
Berdasarkan perkiraan kadar faedah serta dividen yang telah ditetapkan
Pembahagian keuntungan daripada pelaburan yang dibuat oleh pelanggan
Faedah, bunga atau riba
Amalan biasa yang dibayar kepada pemegang akaun
Tidak dibenarkan (haram)
Peranan bank
Pelabur      - prinsipal
Pihak bank - ejen bagi pihak pelabur
Pelabur dan pihak bank merupakan rakan kongsi
Pembahagian keuntungan
Faedah- faedah ditetapkan oleh pihak bank, pelabur akan dibayar faedah walaupun pihak bank mengalami kerugian
Terdapat pembahagian keuntungan- jika rugi, penyimpan akan menanggung mengikut nisbah yang tertentu
Sumber dana
Diperoleh melalui penjualan saham-saham simpanan pelanggan dan pelaburan terhadap syarikat yang urus niaganya tidak dapat dipastikan sama ada halal atau haram, boleh membiayai projek kasino dan loteri
  •            Diperoleh melalui kaedah dan produk yang dibenarkan mengikut prinsip Islam
  •      Tidak melabur atau membiayai projek yang berunsurkan perjudian untuk memastikan perolehan yang halal
  •       Pemilikan saham secara Al-Musyarakah ,Al-Wadiah dan Al-Mudharabah





Glosari kata dalam Perbankan Islam :



Prinsip-prinsip dan undang-undang Islam                                          
                               Ciri-ciri 
Al-Wadiah  
      ·         Akad penyimpan dengan bank
      ·         Bank akan melabur dan penyimpan akan
            mendapat keuntungan jika terdapat pulangan

Al-Musyarakah
      ·         Akad antara pemegang saham dengan
            rakan kongsi mereka ke atas modal yang
            dilaburkan dalam perniagaan dan keuntungan
            yang diperoleh

Al-Mudharabah
       ·         Akad antara pihak mana yang akan
             menyerah hartanya kepada satu pihak
             yang lain untuk berniaga dan 
             berkongsi keuntungan dengan syarat-
             syarat tertentu.














2 comments:

  1. hi... saya nak tanya... kat mana awak ambil rujukan untuk Perbezaan antara Perbankan Islam dengan Perbankan Konvensional... blh email kat saya qasehadamhawa@gmail.com

    ReplyDelete
  2. kat mana awak ambil rujukan untuk Perbezaan antara Perbankan Islam dengan Perbankan Konvensional... blh email kat saya rizwanzain89@gmail.com

    ReplyDelete