Peranan Promosi
- Memperkenalkan barang dan perkhidmatan yang ada di pasaran
- Pengguna akan dimaklumkan tentang barang itu seperti jenama, jenis,
kuantiti dan kegunaannya.
- Memujuk dan mempengaruhi pengguna
- Promosi akan menyatakan tentang kelebihan atau kebaikan sesuatu barang
atau perkhidmatan
- Ini akan dapat mempengaruhi dan memujuk pengguna untuk mendapatkan
barang atau perkhidmatan yang dipromosikan.
- Mewujudkan permintaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan
- Promosi perlu bagi barang dan perkhidmatan baru di pasaran kerana melalui
promosi pengeluar akan dapat memujuk dan merayu pengguna untuk
membeli barang atau perkhidmatan yang dipasarkan itu.
- Meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan
- Keberkesanan promosi sesuatu produk akan dapat menarik minat pengguna
dan seterusnya meningkatkan jualan.
- Peningkatan dalam jualan akan memberi kesan kepada keuntungan yang
diperoleh oleh sesebuah perniagaan.
- Meluaskan pasaran barang atau perkhidmatan
- Melalui promosi, pasaran dapat diluaskan kerana pengguna dapat mengetahui
maklumat tentang barang atau perkhidmatan yang dipromosikan itu.
-Pemahaman pengguna tentang barangan ini akan memudahkan pengeluar
untuk memasarkan produk mereka dan seterusnya meluaskan pasaran.
- Menonjolkan kelebihan barang atau perkhidmatan yang dipasarkan
- Promosi juga membantu pengeluar untuk menerangkan tentang kebaikan dan
kelebihan produk yang dihasilkannya berbanding dengan produk lain yang
ada di pasaran.
- Situasi ini akan menarik minat pengguna untuk mendapatkan produk yang
dipromosikan itu.
- Mengekalkan pasaran sesuatu barang atau perkhidmatan
- Promosi yang dilakukan secara berulang-ulang akan membantu sesuatu
produk itu kekal di pasaran.
- Misalnya, apabila disebut komputer tablet, orang ramai akan menyebut " iPad''
walaupun iPad merupakan salah satu jenama komputer tablet.
Klon PMR
Mari kita uji diri...
Tujuan pengeluar mengadakan promosi barangan keluaran
mereka adalah untuk ...
A. Mengetahui keadaan pasaran.
B. Mengalakkan pengguna untuk membeli.
C. Menjalankan perancangan pemasaran yang berkesan.
D. Memberitahu pelanggan tentang kelemahan produk
pesaing.
No comments:
Post a Comment