Thursday 17 May 2012

7.1.1.2 Perbezaan antara Perbankan Islam dengan Perbankan Konvensional

Anda mesti tengah runsing macam mana hendak membezakan Perbankan Islam dengan Perbankan Konvensional, kan?


Usah risau...jeng jeng jeng 
Inilah perbezaan antara Perbankan Islam dengan Perbankan Konvensional untuk memudahkan anda untuk memahami.


7.1.1.2 Perbezaan antara Perbankan Islam dengan Perbankan Konvensional 

Aspek
Perbankan Konvensional
Perbankan Islam
Kaedah operasi
Melalui aktiviti memberikan pinjaman dengan mengenakan faedah dan caj perkhidmatan
Melalui urus niaga jual beli, upah perkhidmatan, pelaburan dan pajakan
Undang-undang dan peraturan
Di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989
Di bawah Akta Islam 1983
Pulangan
Berdasarkan perkiraan kadar faedah serta dividen yang telah ditetapkan
Pembahagian keuntungan daripada pelaburan yang dibuat oleh pelanggan
Faedah, bunga atau riba
Amalan biasa yang dibayar kepada pemegang akaun
Tidak dibenarkan (haram)
Peranan bank
Pelabur      - prinsipal
Pihak bank - ejen bagi pihak pelabur
Pelabur dan pihak bank merupakan rakan kongsi
Pembahagian keuntungan
Faedah- faedah ditetapkan oleh pihak bank, pelabur akan dibayar faedah walaupun pihak bank mengalami kerugian
Terdapat pembahagian keuntungan- jika rugi, penyimpan akan menanggung mengikut nisbah yang tertentu
Sumber dana
Diperoleh melalui penjualan saham-saham simpanan pelanggan dan pelaburan terhadap syarikat yang urus niaganya tidak dapat dipastikan sama ada halal atau haram, boleh membiayai projek kasino dan loteri
  •            Diperoleh melalui kaedah dan produk yang dibenarkan mengikut prinsip Islam
  •      Tidak melabur atau membiayai projek yang berunsurkan perjudian untuk memastikan perolehan yang halal
  •       Pemilikan saham secara Al-Musyarakah ,Al-Wadiah dan Al-Mudharabah





Glosari kata dalam Perbankan Islam :



Prinsip-prinsip dan undang-undang Islam                                          
                               Ciri-ciri 
Al-Wadiah  
      ·         Akad penyimpan dengan bank
      ·         Bank akan melabur dan penyimpan akan
            mendapat keuntungan jika terdapat pulangan

Al-Musyarakah
      ·         Akad antara pemegang saham dengan
            rakan kongsi mereka ke atas modal yang
            dilaburkan dalam perniagaan dan keuntungan
            yang diperoleh

Al-Mudharabah
       ·         Akad antara pihak mana yang akan
             menyerah hartanya kepada satu pihak
             yang lain untuk berniaga dan 
             berkongsi keuntungan dengan syarat-
             syarat tertentu.














7.1.2 Insurans

 7.1.2 Insurans 



  • Semua peniaga terdedah kepada risiko yang boleh menyebabkan kerugian. 
  • Risiko ialah kemungkinan berlakunya kemalangan yang akan menyebabkan kerugian. 
  • Insurans memberikan pelindungan nyawa dan harta kepada peniaga dan pekerjanya bagi melindungi perniagaan mereka daripada risiko.
  • Terdapat dua kategori risiko, iaitu : 
  • (i) Risiko yang boleh diinsuranskan  
  • (ii) Risiko yang tidak boleh diinsuranskan


(i) Apakah itu risiko yang boleh diinsuranskan?

    - Risiko yang kekerapan kejadiannya dapat dijangka dan dikira 
      berdasarkan rekod kejadian pada masa lalu. Ini sangat penting dalam 
      menentukan kadar premium yang akan dikenakan. 

     Contoh risiko yang boleh diinsuranskan :
  • Kecurian
  • Rompakan 
  • Kemalangan
  • Kebakaran 
  • Pecah Amanah
Pecah Amanah 


(ii) Apakah itu risiko yang tidak boleh diinsuranskan?

    - Risiko yang tidak boleh diinsuranskan ialah risiko yang tidak boleh dikira dan
      kadar premiumnya tidak dapat ditentukan. 

      Contoh risiko yang tidak boleh diinsuranskan :
  • Rusuhan 
  • Peperangan 
  • Hutang lapuk 
  • Bencana alam 
  • Kegagalan perniagaan
Peperangan


Insurans dapat membantu perniagaan dengan cara : 

(i) Melindungi pekerja dan majikan
    - Kecederaan atau kemalangan yang dialami oleh pekerja dan majikan ketika menjalankan
       tugas akan dibayar pampasan atau pembiayaan rawatan, majikan juga dilindungi jika 
       pekerja melakukan penyelewengan.  

(ii) Memberikan keyakinan kepada peniaga agar tidak perlu bimbang akan
      risiko tertentu dalam perniagaan. 
      -Dengan cara ini, pengurusan perniagaan akan menjadi lebih berkesan. 

(iii) Memberikan keyakinan kepada peniaga bahawa dengan perlindungan
       insurans, pelaburan dan pengeluaran dsapat ditambah. 



Jenis Polisi
Melindungi Peniaga daripada Risiko
Kebakaran
Kebakaran kedai, stok, peralatan dan kelengkapan perniagaan
Kecurian dan rompakan
Wang tunai, stok, dan peralatan berharga dicuri atau dirompak
Kenderaan perniagaan
Apabila kenderaan perniagaan terbabit dalam kemalangan atau dicuri
Jaminan Setia
Pekerja yang menyelewengkan wang perniagaan dan tidak amanah.
Liabiliti awam
Tuntutan ganti rugi daripada pelanggan yang mengalami kecederaan atau kemalangan semasa berada di premis perniagaan.
Pampasan pekerja
Tuntutan ganti rugi daripada pekerja yang mengalami kemalangan atau kecederaan ketika sedang bertugas.


Insurans dibahagikan kepada dua jenis, iaitu 
  • Insurans konvensional 
  • Insurans Islam 

Apakah itu Insurans konvensional?  
  • Dimiliki oleh pihak swasta
  • Contoh syarikat insurans konvensional : Mayban General Assurance Berhad, Kurnia Insurans, MAA Insurance dan MCIS Zurich Assurance. 
Contoh Syarikat Insurans Konvensional
  • Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah berasaskan 4 prinsip, iaitu : 

(i) Ganti rugi 
  • Membayar ganti rugi berdasarkan kerugian yang dialami sahaja. 
  • Ganti rugi yang diberikan oleh syarikat insurans tidak akan melebihi kerugian sebenar.
(ii) Penuh percaya 
  • Pemegang polisi mesti mmberi maklumat yang betul dan tepat. 
  • Jika ada penipuan maklumat, syarikat insurans berhak untuk tidak membayar ganti rugi yang diinsuranskan.
(iii) Kepentingan boleh diinsuranskan 
  • Individu yang mengambil insurans mestilah mempunyai kepentingan terhadap perkara yang diinsuranskan sahaja. 
  • Ini bermakna jika berlaku kemalangan terhadap kepentingan tersebut, individu itu akan mengalami kerugian. 
(iv) Doktrin punca terdekat 
  • Ganti rugi hanya akan diberi jika risiko yang diinsuranskan itu berlaku.
  • Jika kemalangan berlaku luar daripada risiko yang diinsuranskan, tuntutan tidak boleh dibuat.


Apakah itu Insurans Islam? 

Contoh Syarikat Insurans Islam 

  • Dikenali sebagai takaful 
  • Dimiliki oleh pihak swasta 
  • Contoh syarikat insurans Islam : Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad
  • Aktiviti perniagaan yang dilakukan oleh syarikat insurans ini berlandaskan hukum syarak atau undang-undang dalam Islam. 
  • Namun begitu, perkara  yang perlu dielakkan oleh syarikat takaful kerana bertentangan dengan hukum syarak ialah: 


Perkara yang perlu dielakkan oleh Syarikat Takaful
Penerangan
Al-Gharar
Maklumat yang tidak jelas dalam perniagaan dan sumber ganti rugi yang akan diberikan jika berlaku risiko yang diinsuranskan itu.
Al-Maisir
Wujudnya unsur-unsur perjudian
Riba
Adanya unsur-unsur faedah yang diberikan kepada pemegang polisi.

  • Insurans Islam mengamalkan prinsip al-Mudharabah, iaitu syarikat takaful ----------------->pengusaha ( Al- Mudharib), manakala peserta ( pemegang polisi ) --->pemodal ( Sahid-ul-Mal). Prinsip ini menjelaskan tentang :
(i)   Keuntungan yang dibahagikan antara syarikat takaful dengan peserta 
(ii)  Cara penggunaan wang oleh syarikat takaful
(iii) Syarat dan hak yang diberikan oleh syarikat takaful kepada peserta 
(iv) Manfaat yang didapati oleh peserta


Pasti anda berasa resah untuk mengingati semua nota berkaitan antara Insurans Islam dengan Insurans Konvensional ...

Jeng jeng jeng...Usah risau.Oleh itu, saya telah membuat perbandingan antara Insurans Islam dan Insurans Konvensional yang membolehkan anda mengingati sampai bila-bila... 



Aspek
Insurans Konvensional
Insurans Islam (Takaful)
Aktiviti perniagaan yang dijalankan      
Berasaskan 4 prinsip , iaitu :
     (a)  Ganti rugi
     (b) Penuh percaya
     (c)  Kepentingan
          boleh  
          diinsuranskan
     (d) Doktrin terdekat
Berasaskan hukum syarak dan mengamalkan prinsip al-Mudharabah
Perjanjian antara syarikat insurans dengan polisi
Bebas membuat pelaburan tanpa perlu memaklumkan kepada pemegang polisi
Menyatakan dengan jelas bayaran yang dijelaskan dan cara syarikat menggunakannya.
Pelaburan yang dibuat oleh syarikat insurans
Dalam aktiviti-aktiviti perniagaan yang berunsur perjudian dan tidak menyalahi undang-undang negara.
Dalam aktiviti-aktiviti perniagaan yang bebas daripada unsur perjudian dan dibenarkan oleh hukum syarak.
Faedah yang diberikan kepada pemegang polisi
Adanya unsur riba atau faedah yang menjadi amalan syarikat
Unsur riba adalah dilarang sama sekali kerana menyalahi hukum syarak.









7.1.3 Pergudangan

7.1.3 Pergudangan 


Contoh pergudangan 
  • Pergudangan ialah aktiviti penyimpanan barang-barang yang selamat dan boleh digunakan apabila diperlukan.
  • Tempat yang digunakan untuk menyimpan barang-barang itu dikenali sebagai gudang. 
  • Gudang dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu :
  •  (A) Gudang persendirian 
  •  (B) Gudang Kerajaan 
(A)Gudang Persendirian 
  • Terdapat 5 jenis gudang persendirian , iaitu : 

Gudang
Fungsi
Pengilang
Menyimpan bahan mentah dan barang siap
Pemborong
Menyimpan barang yang dibeli secara pukal daripada pengilang
Peruncit
Menyimpan barang-barang yang dibeli daripada pembekal/ pemborong
Simpanan sejuk
Menyimpan buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan ikan  
Bayar dan bawa
Menjual barang terus kepada pengguna akhir



Contoh Pengilang 
(B) Gudang Kerajaan 
  • Terdapat 3 jenis gudang kerajaan , iaitu : 

Gudang
Fungsi
Kerajaan
Dimiliki oleh kerajaan di bawah pengurusan agensi kerajaan seperti BERNAS, FAMA dan LKIM
Dalam bon ( gudang kastam )
Menyimpan barang import yang belum dibayar cukai
Awam
Gudang kerajaan dan disewakan keapada pihak swasta yang memerlukannya


Peranan Pergudangan 

(i) Bekalan barang berterusan  
  • Pergudangan membantu bekalan barang di pasaran tidak terputus. Ini dapat dilakukan jika berlaku lebihan, barang tersebut boleh disimpan dalam gudang. 
  • Pengurangan bekalan barang di pasaran ditampung dengan mengeluarkan barang yang terdapat di dalam gudang.
(ii) Menstabilkan harga barang di pasaran 
  • Jika harga barang naik maka barang yang terdapat dalam gudang akan dikeluarkan bagi menurunkan harga barang yang naik. 
  • Sebaliknya, jika harga turun, lebihan barang dalam pasaran akan disimpan dalam gudang. Keadaan ini akan dapat menstabilkan harga barang.
(iii) Proses pengeluaran dapat dilakukan secara berterusan 
  • Aktiviti pengeluaran dapat dilakukan sepanjang masa walaupun permintaan kurang. 
  • Barang yang dikeluarkan ini boleh disimpan di dalam gudang sementara menunggu permintaan meningkat.
  • Jadi, pengeluar dapat meneruskan pengeluaran.
(iv) Mengelakkan kerosakan terutama barang yang mudah rosak 
  • Dengan adanya gudang dingin beku, barang-barang yang mudah rosak seperti daging dan ikan boleh disimpan di dalamnya. 
  • Ini akan mengelakkan barang itu daripada rosak dan tidak boleh digunakan lagi. 
(v) Memecahkan pukal 
  • Kerja-kerja pemecahan pukal boleh dilakukan di dalam gudang seperti menggred, menimbang, membungkus dan melabel.
  • Kerja pemecahan pukal perlu dilakukan agar lebih sesuai dan mudah untuk dijual.
(vi) Menyenangkan kerja eksport dan import 
  • Pengeksport dan pengimport memerlukan gudang bagi menyimpan barang sebelum barang tersebut dieksport atau diimport.
  • Gudang dalam bon disediakan khusus kepada pengimport menyimpan barang-barang sehingga duti import dijelaskan.
(vii) Keselamatan barang lebih terjamin 
  • Barang-barang yang disimpan di dalam gudang terjamin keselamatannya kerana adanya sistem pencegah kebakaran dan penggera keselamatan., serta tanggungan risiko kehilangan. 
  • Barang-barang yang disimpan akan terlindung daripada sinaran matahari dan hujan yang boleh menyebabkan barang itu rosak. 

7.1.4 Pengangkutan

7.1.4 Pengangkutan 


  • Pengangkutan bermaksud pergerakan barang atau manusia dari satu tempat ke satu tempat yang lain. 
  • Pengangkutan penting dalam perniagaan kerana barang keluaran boleh dihantar ke destinasi yang dikehendaki atau untuk mendapatkan bekalan.
  • Pengangkutan dibahagikan kepada 4 jenis, iaitu: 
           - Darat                ( Contoh  : Lori ) 
           - Laut                  ( Contoh  : Kapal kontena)
           - Saluran paip ( Contoh  : Gas)  
           - Udara               ( Contoh : Kapal terbang kargo) 
Contoh Pengangkutan darat ( Lori) 
Contoh jenis pengangkutan udara- Kapal terbang kargo
Contoh Jenis Pengangkutan Laut-Kapal kontena

Kepentingan Pengangkutan : 

(a) Membolehkan barangan yang berlebihan dihantar ke tempat yang 
      mengalami kekurangan
  • Ini bertujuan untuk mengimbangkan permintaan dengan penawaran.
(b) Meluaskan pasaran ke merata-rata 
  • Pengagihan barang yang meluas membolehkan barang dieksport atau diimport bagi meningkatkan pasaran.
(c) Mengurangkan kos penyimpanan stok  
  • Kecekapan dalam sistem pengangkutan membolehkan barang dihantar dengan segera.
  • Keadaan ini menyebabkan kos menyimpan barang dapat dikurangkan kerana ruang penyimpanan yang diperlukan sedikit.
  • Modal peniaga tidak terikat dalam stok yang berlebihan. 
(d) Mengurangkan pembaziran 
  • Barang-barang yang mudah rosak seperti sayur, ikan atau daging dapat diagihkan dengan lebih cepat. 
  • Keadaan ini akan mengurangkan risiko kerosakan yang menyebabkan pengeluar mengalami kerugian.
(e)Menggalakkan pengeluaran besar-besaran 
  • Pasaran yang luas akan membantu pengeluar untuk menghasilkan keluaran dengan lebih banyak dan kos dapat dikurangkan. 
  • Pengurangan dalam kos pengeluaran membolehkan barang dijual pada harga yang lebih murah. 
(f) Menikmati pelbagai barangan 
  • Pengangkutan membolehkan pelbagai barang dibawa masuk ke dalam negara dan pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.
(g) Membolehkan pergerakan tenaga buruh
  • Masalah tenaga buruh dapat dikurangkan. 
  • Ini disebabkan tenaga buruh dapat dibawa ke tempat yang memerlukan khidmat mereka. 
  • Contohnya, banyak industri yang beroperasi di Pelabuhan Klang perlu membawa pekerja daripada Teluk Intan di Perak bagi menampung kekurangan tenaga buruh.
(h) Mewujudkan peluang pekerjaan 
  • Sistem pengangkutan yang cekap dan berkesan akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
  • Pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan ini akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai dalam pelbagai bidang pekerjaan. 
 Faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis pengangkutan

                                 (a) Kauntiti, saiz dan berat 
                                 (b) Nilai barangan 
                                 (c) Risiko barangan 
                                 (d) Mudah diperoleh 
                                 (e) Keperluan barang 
                                 (f) Jarak mengangkut 





Sesi Uji Minda: 
Berikan jawapan anda tentang situasi di bawah :
-Nazri mengeksport buah durian dan ikan kembung ke Korea Selatan.
 Apakah jenis pengangkutan yang sesuai harus dipilihnya?
( Tips jawapan : Jawapan anda haruslah merujuk kepada 
                             faktor pemilihan jenis pengangkutan.)